Senarai Ketua Menteri Sabah Ketua_Menteri_Sabah

TahunKetua MenteriParti
1963-1964Tun Fuad StephensPertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) - Perikatan
1965-1967Tan Sri Datuk Peter Lo Sui YinSabah Chinese Association (SCA) - Perikatan
1967-1975Tun Datu Mustapha Datu HarunPertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) - Perikatan
1975-1976Tun Mohd Said KeruakPertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) - BN
1976 (44 hari)Tun Fuad StephensBERJAYA - BN
1976-1985Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Mohd SallehBERJAYA - BN
1985-1994Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin KitinganParti Bersatu Sabah (PBS)
1994-1995Tun Sakaran DandaiUMNO - BN
1995-1996Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Mohd. SaidUMNO - BN
1996-1998Datuk Seri Panglima Yong Teck LeeParti Maju Sabah (SAPP) - BN (Kini SAPP - USA)
1998-1999Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard DompokParti Demokratik Sabah (PDS) - BN (kini UPKO - PH)
1999-2001Datuk Seri Panglima Osu Haji SukamUMNO - BN
2001-2003Tan Sri Datuk Seri Panglima Chong Kah KiatParti Liberal Demokratik (LDP) - BN
4 Mac 2003- 9 April 2018Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa AmanUMNO - BN
10 April 2018- 8 Mei 2018
(Ketua Menteri Sementara)
Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa AmanUMNO - BN
10 Mei 2018Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa AmanUMNO - BN
12 Mei 2018 - kiniDato' Seri Mohd Shafie Apdal[1]Parti Warisan Sabah - PH

Sumber: Senarai Ketua Menteri Sabah Kerajaan Negeri Sabah.

Pilihanraya Umum Ke-14

Di Sabah, pada Pilihanraya Umum Ke-14, Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan YB Shafie Apdal, Barisan Nasional (BN) dipimpin oleh YBb Musa Aman. Kedua-dua parti tersebut telah memperoleh keputusan seri dengan memenangi 29 kerusi DUN dengan satu lagi parti pembangkang tempatan yang diwakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang telah memenangi baki 2 kerusi.

Presiden STAR pimpinan YB Jeffrey Kitingan pada mulanya dikatakan bersetuju menyokong parti Warisan dan akan memberikan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Bagaimanapun dalam perlembagaan Sabah, terdapat peruntukan yang membenarkan Ketua Menteri untuk menamakan enam orang sebagai ahli dewan, yang bererti partinya secara automatik mendapat tambahan enam kerusi di dewan.[2]

Barisan Nasional Sabah pula telah memenangi 29 Kerusi DUN Sabah, manakala Gabungan WARISAN, PKR dan DAP juga memenangi jumlah kerusi yang sama (WARISAN 21, DAP 6 dam PKR 2) namun Barisan Nasional terus bekerjasama dengan dua lagi ADUN STAR yang telah berpaling tadah dengan PH Sabah bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 31 Kerusi daripada 60 Kerusi DUN yang dipertandingkan.

Krisis pelantikan Ketua Menteri Sabah

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman yang mewakili Parti Barisan Nasional yang merupakan ahli DUN Sungai Sibuga kemudiannya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 11.05 malam 10 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan mengekalkan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2003.[3]

Bagaimanapun, Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal kemudian telah menerima sokongan 35 daripada 60 ADUN termasuk 6 ADUN daripada Barisan Nasional yang disahkan telah melompat parti untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Dato Shafie telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang Ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.[4]

Krisis Politik di Sabah berterusan berikutan Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebelum ini menafikan beliau meletakkan jawatan.